Azimfamily Azimfamily: Misteri Kaedah Kuantitatif Satu Ulasan

.

Misteri Kaedah Kuantitatif Satu Ulasan


Kaedah kuantitatif mengikut telaah sarjana barat , kaedah itu boleh memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesebuah organisai; tetapi kajian-kajian mendapati yang tahap penggunaan kaedah kuantitatif di Negara Asean sederhana berbanding dengan di negara-negara maju. Mengapakah keadaan ini berlaku? Pelbagai sebab diutarakan antaranya:

 
1.          Kekurangan kepakaran

2.          Jurang antara teori dan praktik

3.          Sokongan pihak pengurusan atas dan budaya organisasi

4.          Pengajaran dan latihan di institusi pengajian

 

1.    Kekurangan kepakaran

Kaedah kuantitatif, khususnya sains pengurusan/penyelidikan operasi masih lagi baru di negara kita dan khalayak ramai masih kurang sedar akan kegunaannya. Tambahan lagi belum ada pengajian yang khusus mengenai kaedah kuantitatif di negara kita; apa yang ada ialah beberapa kursus yang ditawarkan dalam suatu bidang kajian. Pada keseluruhannya kepakaran yang ada tidaklah begitu ramai.
 
Masalah ini bertambah runcing apabila difikirkan yang ramai daripada pakar-pakar ini mempunyai pekerjaan yang tidak menggunakan kepakarannya; ramai yang setelah mengumpul banyak pengalaman mula menjadi pengurus dan sebagainya; tidak kurang juga sebahagian besar yang bekerja di institusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan. Akhirnya, bilangan pakar yang ada yang berfungsi sebagai pakar di dunia perniagaan menjadi amat kecil sekali. Keadaan ini tidaklah terhad kepada negara kita sahaja, tetapi juga di negara membangun dan tidak kurang juga di negara-negara maju.

 
1.         Jurang antara teori dan praktik

Ramai pakar kaedah kuantitatif bekerja dalam dunia akademia di mana prestasi mereka disukat melalui penyelidikan dan kertas kerja mereka. Kebanyakan mereka lebih mirip kepada teori tanpa memikirkan sama ada kerja mereka relevan untuk dipraktikkan. Ada berpendapat (“the most valuable contribution that universities can make and one that is unique to universities is to support research and scholarship that are not subject to tests of relevance”).  
 
Kaedah pengajaran ketika ini seumpamanya mengajar seseorang pelajar tentang teori “buoyancy” dan kebaikan dan kelemahan sesuatu kuak dalam renang tanpa masuk ke dalam kolam renang, dan mengharapkan pelajar itu pandai berenang di hujung kursus. Jelaslah yang jurang antara teori, penggunaan dan pengajaran telah menyebabkan kelembaban penggunaan kaedah kuantitatif secara meluas.


2.         Sokongan pihak pengurusan atas dan budaya

organisasi


Walaupun seseorang itu lengkap dengan pengetahuan yang relevan, penggunaan kaedah-kaedah ini masih memerlukan sokongan dan diterima oleh pihak atasan. Sering kita dengar pakar-pakar kaedah kuantitatif yang bersungut yang kerja-kajian mereka tidak diambilkira  dalam pembuatan keputusan. Ini mungkin berpunca dari pelbagai sebab; antaranya mungkin kajian itu tidak relevan atau tidak memberi maklumat yang diperlukan, atau pihak pembuat kepututsan tidak memahami atau masih mencurigai teknik yang digunakan.
 
Selain itu, pihak pengurusan masih sangsi tentang penggunaan kaedah kuantitatif kerana kemungkinan besar yang kaedah-kaedah ini akan menunjukkan yang keputusan yang telah mereka buat pada masa lampau adalah keputusan yang salah. Langkah pertama dalam memperluaskan pengunaan kaedah kuantitatif mestilah berdasarkan falsafah kaedah itu tidak bertujuan untuk mengenalpasti kesilapan seseorang tetapi untuk mencari jalan menyelesaikan masalah dan memperbaiki prestasi. Oleh itu, untuk kejayaan dalam melaksanakan kaedah-kaedah kuantitatif dalam pengurusan dan perniagaan kita memerlukan suatu budaya organsisasi yang sihat yang boleh menggalakkan penggunaan yang meluas.
 
Tokoh Sarjana antara lain mengenalpasti yang budaya organsisasi ialah (“a shared dedication throughout the company to problem solving based on evidence rather than armchair opinion; the recognition that all employees, not just managers and technical specialists can contribute to problem solving”).

 

4.    Pengajaran dan latihan di institusi pengajian


Masalah keempat yang kerap disebutkan ialah (“the real world is very complex”). Pernyataan ini memang tidak dinafikan; tetapi kaedah kuantitatif tidaklah terhad kepada pencaman penyelesaian yang terbaik tetapi juga proses perumusan masalah yang sistematik supaya di akhir proses ini pembuat keputusan dapat memahami masalah sebenar dengan baik.
 
Hanyalah setelah kita betul-betul faham masalah itu, barulah kita boleh memikirkan tentang penyelesaiannya. Satu daripada salah tanggapan umum ialah penyesuaian masalah kepada model. Sebenarnya proses penyelesaian dalam kaedah kuantitatif ialah pencaman masalah dahulu dan kemudian barulah mengenalpasti model yang bersesuaian dengannya dan tidak sebaliknya. Berkaitan dengan ini juga ialah masalah ketiadaan data yang tersusun dan yang boleh dipercayai.