Azimfamily Azimfamily: Manusia dan Pengetahuan Oleh Muhamamd Zhafri Azim

Manusia dan Pengetahuan Oleh Muhamamd Zhafri Azim







 
   

Ciri-ciri peribadi manusia adalah kompleks dan sukar diketahui dengan tepat  cara untuk menggalak mereka bekerja dengan tekun, jujur dan taat. Penyelesaian kepada masaalah ini kemungkinan dapat diatasi dengan menumpukan kepada keperluan dan kehendak manusia.


Keperluan mengadakan latihan timbul hasil daripada perubahan atau peningkatan teknologi yang pesat atau disebabkan perubahan permintaan di dalam pasaran. Perubahan seperti ini akan juga melibatkan perubahan di dalam proses pengeluaran dan seterusnya perubahan di dalam struktur kerja. Apabila berubahnya struktur kerja, pekerja terpaksalah dilatih semula untuk mempelajari aspek aspek pekerjaan baru supaya kebolehan dan pengetahuan dapat dipertingkatkan.

Bentuk latihan yang disebutkan merupakan latihan kepada pekerja  yang telah mempunyai satu satu tahap kemahiran dimana latihan yang dijalankan hanya untuk meningkatkan kemahiran supaya terus dapat berkhidmat dalam organisasi. Satu lagi bentuk latihan ialah khusus kepada pekerja baru yang tidak mempunyai pengalaman atau kebolehan melakukan pekerjaan tersebut.

Mungkin gaya pengajaran dan pembelajaran sering dikaitkan dengan pencapaian akademik oleh pelajar serta kadar penerimaan pelajar terhadap pelajaran yang diajar oleh pengajar. Pengajar dipersalahkan sekiranya berlaku kemerosotan di dalam keputusan prestasi pelajaran pelajar diinstitusi. Disamping itu, kemerosotan mutu pengajaran dan pembelajaran pengajar juga dipersoalkan. Gaya  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu ditentukan bagi menyesuaikan dengan kehendak, skop pelajaran dan pemikiran pelajar masa kini. Ini bermakna untuk mencapai gaya pengajaran seperti yang dicadangkan diatas, satu bentuk latihan professional amatlah diperlukan .

Akan tiba pada satu tahap dimana pemegang pemegang ijazah sarjana dan ijazah lanjutan merasakan kelayakan akademik yang diperolehi sudah memadai bagi mereka untuk melakukan apa yang sepatutnya. Tahap kemampuan dan kebolehan mereka sebagai pengajar boleh dinilai bila pencapaian pelajar tidak seperti yang dijangkakan.

Kelemahan pengajar adalah kelemahan pelajar itu sendiri. Walaubagaimana, tidak siapa dapat menafikan pengajar atau penyelia pelajar telah bertindak sebagai pembimbing yang baik samaada dari segi intelektual mahupun teknikal. Menyedari bahawa wujudnya batasan –batasan tertentu maka program latihan dalam perkerjaan amatlah penting. Ini bertujuan;

i.    memberi galakan kepada pelajar kearah pembangunan personel supaya dapat memberi khidmat yang baik kepada pelajar,   universiti dan masyarakat sendiri

ii.    pengajar bertanggungjawab terhadap keseluruhan perkembangan pelajar

iii.   memberi kesedaran kepada pengajar bahawa instutisi latihan bukanlah hanya sebagai insitusi pendidikan sahaja tetapi ia merupakan satu organisasi dalam masyarakat

iv.   memberi galakan kepada pengajar kearah  supaya dapat memberi khidmat yang baik kepada pelajar, institut dan masyarakat sendiri


Persekitaran yang sihat adalah merupakan factor yang dapat menggalakan perkembangan pendidik dalam sesebuah organisasi. Tokok Pendidikan ada mengenalpasti empat keadaan persekitaran yang dapat menggalakkan perkembangan pendidik. Keadaan pertama ialah Warmath iaitu perasaan keempunyaan, sepasukan dan sokongan keatas risiko yang mungkin wujud. Kedua ialah perasaan konkrit iaitu keadaan yang sebenar dan berfaedah. Ketiga ialah fikir bagi menambahkan kefahaman tentang pelajar dan matlamat kurikulum. Keempat ialah masa kerana perkembangan individu memerlukan suatu jangkamasa untuk mencari keperluan sendiri.


 
Kualiti pengajaran sungguh penting atas rasional bahawa negara yang maju memerlukan tenaga manusia yang terdidik dan bukannya hanya terlatih. Di Malaysia, kita diperingkatkan tentang ketidakseimbangan antara tumpuan terhadap kuantiti dan kualiti apabila pelatih graduan dipersoalkan walaupun bilangan yang lulus dengan latihan yang pelbagai adalah terlalu ramai .             
Oleh sebab itu untuk meningkatkan kualiti pelajar, maka kualiti pengajar juga adalah perlu di tingkatkan melalui latihan yang berbentuk professional.  Ada pihak mengatakan pula berpendapat terhadap tiga kategori utama dalam bidang latihan professional. Pertamanya ialah cirri konseptual pelatih terhadap penglibatanya dalam 10 fungsi utama latihan itu;

1.  perlaksanaan latihan

2.  persediaan latihan dari segi material  atau bahan

3.  pengurusan latihan itu sendiri

4.  pengawasan latihan

5.  merangka pengurusan latihan

6.  menganalisis keperluan latihan

7.  perkembangan professional

8.  penetapan organisasi


Setengah pihak mendapati persekitaran kerja pendidik boleh di ransangkan melalui;


i.         membantu pendidik membuat refleksi atas pengalaman

ii      sejajarkan program latihan pendidik dengan kemahiran dan    keperluan

iii    membolehkan pendidik berkembang secara bebas mengikut minat

      iv.        menyediakan persekitaran yang mencabar tetapi menyokong individu

      v.         memberi perhatian kepada perkembangan pendidik sebagai individu dari satu kumpulan

      vii.       melibatkan pendidik dalam perancangan dan arah tuju pendidikan. Keadaan ini membolehkan pendidik membuat penilaian terhadap kerjaya, tingkahlaku, pengalaman dan keperluan untuk belajar seumur hidup



Bagi melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang dan yang berasaskan Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan bersepadu merupakan mekanisma utama. Tumpuan khusus diberikan kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni dan bahasa. Ketiga-tiga factor digabungkan menerusi mata pelajaran teras, mata pelajaran pilihan dan kegiatan kurikulum. Kurikulum bersepadu ini dilaksanakan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas  atau di bilik darjah.