Azimfamily Azimfamily: Firma Antarabangsa ini Berkembang Menurut Azimfamily

.

Firma Antarabangsa ini Berkembang Menurut Azimfamily

Strategi Yang Kehadapan

Disini Perniagaan antarabangsa mengambil pendekatan untuk memaksimumkan kekuatan yang ada sejajar dengan reaksi persekitaran yang kritikal untuk berjaya di dalam perniagaan. Strategi yang diambil lebih berunsurkan korporat dengan memberi keutamaan kepada meningkatkan keberkesanan kos dan mengelakkan kesilapan. Strategi itu diterapkan dengan mengambilkira elemen elemen berkenaan seperti dibawah secara tersirat di dalam pembentukan strategi strategi yang akan dijelaskan kelak.

 
ü Mengkaji semula semua pelaburan dengan teliti

ü Aset keuntungan rendah akan dijual atau dilupuskan

ü Mendapat tunai untuk menjalankan perniagaan lain

ü Penyusunan pinjaman dari pembiaya

ü Terbitan saham baru


Bagi memenuhi tujuan tersebut, kebanyakan firma perniagaan antarabangsa  memperkukuh asas-asas kekuatan yang telah terbukti memberi sumbangan penting terhadap kejayaan korporatnya selama ini. Sekali gus juga terus membina struktur yang menawarkan dua kelebihan, iaitu dari segi mempunyai saiz sebagai organisasi korporat besar dan pada masa yang sama mempunyai kualiti ketangkasan, fleksibiliti dan mempunyai daya fikiran yang tajam yang diperlukan oleh sebuah organisasi keusahawanan bagi memenuhi keperluan iklim bisnes baru. Ketangkasan dan ketajaman fikiran, anjalan menyesuaikan diri dan berinovasi diharapkan akan wujud terutamanya dii kalangan kumpulan intraprenuernya yang diharap dapat mengurangkan belenggu birokrasi


Pemilikan Kekuatan Dan Peluang

Pemilikan anak Syarikat yang beroperasi di luar negara telah membantu Kumpulan Multinasional menikmati faedah berbanding di dalam usaha meminimakan prospek kos di dalam operasinya melalui;


ü perolehan bahan –bahan mentah dari negara-negara luar, seringkali dari pembekal yang lebih mantap dan pada harga yang rendah berbanding dengan yang terdapat di dalam negeri


ü kepakaran teknologi dan pengurusan yang di dapati dari persaingan dalam pasaran-pasaran asingpengaliran masuk pendapatan dari keuntungan  atau dividen operasi diseberang laut,


ü yuran perlesenan dan kontrak-konrak pengurusan


ü peluang –peluang perniagaan dan kerjaya di dalam negeri dan seberang laut berkaitan dengan operasi –operasi diluar negeri


Sebab- Sebab

Terdapat pelbagaian sebab mengapa sesebuah firma  memutuskan bergerak dalam arena antarabangsa , namun  kesemua sebab itu boleh dikategorikan sebagai langkah agresif atau langkah bertahan. Sebab agresif adalah sebab-sebab yang menyokong usaha untuk menambah keuntungan, jualan dan pasaran. Beberapa contohnya ialah keinginan untuk;


ü mencari pasaran baru


ü mendapat faedah yang lebih besar


ü memperolehi keluaran-keluaran untuk pasaran dalam negeri


ü memenuhi hasrat pihak Kerajaan terhadap pembesaran perniagaan


Sebab-sebab bertahan bagi tindakan membuka pasaran di peringkat antarabangsa termasuklah keinginan untuk melindungi keuntungan, jualan dan pasaran. Kesemua tujuan yang berikut menepati kategori ini;


-                    melindungi pasaran dalam negeri

-                    melindungi pasaran asing

-                    menjamin bekalan bahan-bahan mentah

-                    mendapatkan teknologi

-                    memcapai kepelbagaian geografi

-                   mencari tapak-tapak yang stabil dari segi politik untuk operasi –operasi baru

Tiada ulasan: