Azimfamily Azimfamily: Sumbangan Dana Untuk Golongan Asnaf Zakat

.

Sumbangan Dana Untuk Golongan Asnaf Zakat

MADRASAH TAHFIZ AL BARAKAH

“KE ARAH MELAHIRKAN HUFFAZ BERTAQWA”


Assalamualaikum W. W,
Encik Ramli,

PER: MEMOHON SUMBANGAN PEMBELIAN RUMAH DAN TANAH SEDIA ADA UNTUK GOLONGAN ASNAF ZAKAT

Dengan hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

Sehubungan dengan itu adalah di maklumkan bahawa

2. Madrasah ini mula beroperasi pada tahun 2008 dengan hanya 4 orang pelajar dan kini telah meningkat ke 30 orang pelajar di tapak yang sedia ada. Oleh itu, pada fasa pertama ini, pihak madrasah sedang dalam usaha mengumpul sumbangan dana untuk membeli rumah dan tanah sedia ada yang berharga RM 260,000.00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS ENAM PULUH RIBU). Alhamdulillah dengan izin Allah swt dan keprihatinan dari beberapa individu-individu pihak madrasah telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM120,000.00 yang telah digunakan sebagai pembayaran pendahuluan, ansuran dan kini pihak madrasah masih memerlukan RM140,000.00 lagi.

3. Matlamat perancangan kami pada fasa kedua adalah untuk membina bangunan asrama di atas tanah sedia ada untuk kegunaan pelajar-pelajar golongan asnaf zakat ini. Semoga pembangunan asrama fasa kedua itu nanti dapat mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan yang kini semua menetap di dalam sebuah rumah (30 ‘ X 60’) dan hanya diasingkan melalui dinding bilik.

4. Segala bentuk sumbangan boleh di hulurkan terus ke Madrasah Tahfiz Al Barakah di No. 84 A, Kampung Sempering, JaIan Santan, 01000, Kangar, Perlis atau di salurkan terus ke akaun bank CIMB ISLAMIC BANK NO. AKAUN 8601 61 2584 atau MAYBANK ISLAMIC 5590 1231 1991 diatas nama MADRASAH TAHFIZ AL BARAKAH.

5. Keprihatinan, sumbangan dan bantuan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah swt membalas jasa baik tuan/puan di dunia dan akhirat. Mohon bantu sebarkan.

Terima kasih.

Yang Benar,

Ali Azmi

ALI AZMI BIN AB LAH @ ABU BAKAR AL HAFIZ
Lembaga Pengerusi Madrasah Tahfiz Al Barakah

NO. 84 A, KAMPUNG SEMPERING, JALAN SANTAN, KANGAR, 01000, PERLIS DARUL SUNNAH
NO. TEL: 013 492 1160, NO. FAKS: 04 976 5390,

JAIPs: 04 979 4400, BALAI POLIS: 04 908 2342, POS MALAYSIA: 04 976 1555

ZAKAT 1 KEWAJIPAN, SEJUTA HARAPAN




Tiada ulasan: