Azimfamily Azimfamily: Membantu Rumah Allah SWT: MADRASATUTTAHFIZIL QURAN RIYADHIL JANNAH

Membantu Rumah Allah SWT: MADRASATUTTAHFIZIL QURAN RIYADHIL JANNAH


مدرسة التحفيظ القرآن رياض الجنة
MADRASATUTTAHFIZIL QURAN RIYADHIL JANNAH
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani )




Encik Ramli,

PER: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PENGURUSAN MEMBAIK PULIH MASJID UZUR & PEMBANGUNAN ASRAMA 2 TINGKAT ( 27 ‘ X 60 ‘ ) YANG DIANGGARKAN KESELURUHANNYA BERJUMLAH RM760,000.00

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas

2. Berhubung dengan perkara di atas dimaklumkan bahawa Madrasah ini yang sudah beroperasi selama 6 tahun di Masjid Lama (1933), Kampung Pekan Lama, Sungkai, Perak, demi menjaga kesucian dan kesempurnaan Masjid. Kini Masjid perlu dibaik pulih dan satu asrama perlu didirikan untuk penambahan pelajar anak-anak yatim fakir miskin supaya mereka sentiasa dapat mengimarahkan rumah Allah Swt daripada terbiar sahaja tanpa dimanafaatkan sepenuhnya.

3. Sehubungan itu pihak kami berhasrat untuk berusaha membantu rumah Allah swt yang semakin uzur dan anak-anak yatim fakir miskin dengan rendah diri memohon sebarang sumbangan ikhlas dari pihak muslimin/muslimat samada berupa WANG ZAKAT (Simpanan, Perniagaan, Saham, KWSP, Emas & Perak atau lain-lain jenis ZAKAT) / KIFARAT / FIDYAH / DERMA / SEDEKAH / WAKAF pembinaan/perkakasan ataupun lain-lain sumbangan berbentuk kebendaan untuk membaik pulih masjid lama dan membina asrama.

4. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin/muslimat bolehlah dimasukkan terus ke akaun Maybank Islamic Berhad kami diatas nama;

“MADRASATUTTAHFIZIL QURAN RIYADHIL JANNAH”
NO. AKAUN 5581 0930 0218 (MAYBANK)

lain-lain sumbangan berbentuk kebendaan boleh dihantar terus ke alamat seperti dibawah. Lafaz niat boleh dilakukan melalui telepon, SMS, emel, faks atau surat menyurat.

5. Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin/muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin/muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut.

Sekian. Terima kasih. Wasalam.

Yang ikhlas,

USTAZ ROSLI BIN ISHKANDAR
Pengerusi Riyadhil Jannah


MASJID LAMA, KAMPUNG PEKAN LAMA, 35600, SUNGKAI, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel. : +(6) 019 443 0495, Faks: +(6) 05 438 8495

MAIPkD 05-401 4858, Balai Polis 05-438 6222, Pej. POS 05-438 6215, JKMD 05-401 1069, Pej. Daerah 05-401 1332

Bantu Agama Allah dan Allah Bantu Kamu. Allah Janjikan Dunia dan Akhirat Kepada Fisabilillah (Pada Jalan Allah),
Dunia – (Pahala & Harta) / Akhirat – (Syurga)

Allah swt berfirman;
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.


Surah Al Hadid, Ayat 18

Tiada ulasan: