Azimfamily Azimfamily: YB.Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Pengarah LPPKN WPKL

.

YB.Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Pengarah LPPKN WPKL

SIAPAKAH MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA (TAHUN 2015) 
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahu 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepadaKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawahKementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
Menteri-menteri[sunting | sunting sumber]
·        Y.T.M. Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. (1964-1966)
·        Y.B. Encik Senu bin Abdul Rahman (1966-1968)
·        Y.B. Dato` Hamzah bin Abu Samah (1969-1973)
·        Y.B. Dato` Ali bin Haji Ahmad (1973-1978)
·        Y.B. Dato` Samad bin Idris (1978-1980)
·        Y.B. Dato` Mokhtar bin Hashim (1980-1983)
·        Y.B. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (1983-1984)
·        Y.B. Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud (1984-1986)
·        Y.B. Dato` Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak (1986-1990)
·        Y.B. Dato` Annuar bin Haji Musa (1990-1993)
·        Y.B. Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman (1993-1995)
·        Y.B. Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Yassin (1995-1999)
·        Y.B. Dato` Hishammuddin Hussein (1999-2004)
·        Y.B. Dato' Seri Azalina Othman Said (2004-2008)
·        Y.B. Datuk Ismail Sabri Yaakob (2008-2009)
·        Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek (2009-2013)

·        Y.B. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (2013-kini)

Tiada ulasan: