Azimfamily Azimfamily: Datuk Sharifah Azizah Syed Zain Ditemuramah

Datuk Sharifah Azizah Syed Zain Ditemuramah

Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berjaya mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno bahagian Kluang pada pemilihan sayap pergerakan itu, hari ini. Sharifah Azizah, 53, mengalahkan Ketua Wanita Umno Cawangan Bunga Raya, Haslina Mohamed Dom dalam pertandingan satu lawan satu pada mesyuarat perwakilan dan pemilihan sayap Umno itu hari ini. Sharifah Azizah memperoleh 255 undi manakala Haslina mendapat 68 undi.

Pihak berkuasa didesak menyediakan garis panduan yang khusus bagi menangkap dan mendakwa dengan segera individu yang bermain dengan api perkauman dan membakar sentimen keagamaan dalam laman sosial Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya.
Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya juga menggesa pihak pimpinan parti dan kerajaan melaksanakan dasar 30 peratus bagi generasi muda di bawah usia 40 tahun dan golongan wanita ditempatkan pada semua peringkat kepimpinan sama ada dalam parti, kerajaan, Parlimen atau syarikat milik kerajaan (GLC).
Selain itu, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang turut mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Zionis Israel dan sekutunya terhadap umat Islam di Palestin seterusnya menyeru masyarakat antarabangsa bersatu hati menentang sebarang bentuk penindasan dan kezaliman.
"Ketiga-tiga usul itu adalah bagi menyahut saranan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini menyatakan perkara sama," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) sebelum ini mendesak pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera dan tegas terhadap individu atau pihak yang sengaja menimbulkan isu sensitif bertujuan menyinggung perasaan penganut agama lain.
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, perasmian persidangan sayap Pemuda dan Wanita Bahagian Kluang mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya disempurnakan di dataran terbuka dengan kehadiran lebih 3,000 orang terdiri daripada perwakilan UMNO, pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia tempatan sekitar daerah Kluang.
"Kehadiran Khairy disambut meriah dengan beliau turut secara bersahaja menunggang motosikal sejauh satu kilometer diiringi 100 buah motosikal ahli Pemuda UMNO Kluang yang memakai kemeja T tertera perkataan 'Sahabat KJ'," katanya

See more at:

http://www.tv3.com.my/beritatv3/news-umno/Sharifah_Azizah_Pertahan_Ketua_Wanita_UMNO_Kluang.html#sthash.vKmT1xe1.dpuf

Tiada ulasan: