Azimfamily Azimfamily: Derma Daripada Kaum Muslimin dan Muslimat

.

Derma Daripada Kaum Muslimin dan Muslimat

MADRASAH LORONG ALIF
ZAKAT MEMBAWA BERKAT



Encik Ramli,

PER: MEMOHON SUMBANGAN RM10 SAHAJA SETIAP BULAN SECARA BERTERUSAN ATAU RM120 SETAHUN BAGI TAHUN 2015 ATAU SEPANJANG HAYAT UNTUK KEPERLUAN BULANAN 320 ORANG PELAJAR SERTA 17 ORANG TENAGA PENGAJAR & PENGURUSAN MADRASAH LORONG ALIF, JITRA

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas,

2. Berhubung dengan perkara di atas, dimaklumkan bahawa Madrasah ini dengan rasminya telah beroperasi sejak tahun 1990 dan sekarang sudah berkembang sehingga seramai 180 orang pelajar lelaki, 140 pelajar perempuan, 15 tenaga pengajar dan 2 tenaga sokongan.

3. Pengajian yang ditawarkan di Madrasah ialah pengajian tahfiz (hafalan) Al-Quran dan pengajian kitab. Yuran yang dikenakan kini adalah hanya sebanyak RM250.00 selepas 3 kali dinaikan semenjak bermulanya Madrasah. 40% pelajar dari golongan fakir miskin dikecualikan dari yuran bulanan kerana tidak berkemampuan. Kos penyediaan makanan dan minuman pelajar serta pengurusan Madrasah semakin meningkat dari hari ke hari dan tidak dapat ditampung oleh kutipan yuran tersebut. Madrasah sentiasa mengharapkan sumbangan daripada masyarakat umat Islam yang berkeprihatinan. Kos keseluruhan perbelanjaan Madrasah adalah mencecah lebih RM80,000.00 untuk setiap bulan. Oleh itu, Madrasah memohon sokongan dari orang ramai untuk menjayakan Madrasah ini kerana Allah swt.

4. Pihak Madrasah mengalu-alukan sumbangan Infaq, Zakat, Fidyah, Kifarat atau Derma daripada kaum muslimin dan muslimat, supaya dapat bersama-sama menegakkan syiar islam dengan menginfaqkan sejumlah harta untuk tujuan diatas mengikut kemampuan demi mencari redha Ilahi.

5. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat bolehlah dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad diatas nama;

“MADRASAH LORONG ALIF”
              CIMB BANK NO. AKAUN               
860 190 5947

6. Akhir sekali jutaan terima kasih dan semoga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin dan muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin dan muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut. Mohon bantu sebarkan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

Amar Maruf

Ustaz Amar Maruf Bin Ahmad
(Mudir Madrasah Lorong Alif)

Allah swt berfirman;
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” Surah Al Hadid, Ayat 18

No. 847, Lorong Alif, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
No. Tel.: 019-550 7740, No. Faks: 04 916 3902,

Tiada ulasan: