Azimfamily Azimfamily: Bersedekah Menghidupkan Sunnah

Bersedekah Menghidupkan Sunnah

MADRASAH TAHFIZ AL HIKMAH
Berzakat Membawa Keberkatan – Bersedekah Menghidupkan Sunnah


Encik Ramli,

PER: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN BULANAN 100 ORANG PELAJAR SERTA PENGURUSAN MADRASAH TAHFIZ AL HIKMAH, ARAU, PERLIS

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas,

2. Berhubung dengan perkara di atas, dimaklumkan bahawa Madrasah ini dengan rasminya telah beroperasi sejak tahun 2010 dan sekarang sudah berkembang sehingga seramai 100 orang pelajar lelaki sahaja dan 7 orang tenaga pengajar, serta 5 orang staf sokongan.

3. Pengajian yang ditawarkan di Madrasah ialah pengajian tahfiz (hafalan) Al-Quran dan pengajian kitab. Sejak bermulanya Madrasah sehingga sekarang, yuran yang dikenakan adalah hanya sebanyak RM150.00. Kos penyediaan makanan dan minuman pelajar serta pengurusan Madrasah semakin meningkat dari hari ke hari dan tidak dapat ditampung oleh kutipan yuran tersebut. Madrasah sentiasa mengharapkan sumbangan daripada masyarakat umat Islam yang berkeprihatinan. Kos keseluruhan perbelanjaan Madrasah adalah mencecah RM45,000.00 untuk setiap bulan. Oleh itu, Madrasah memohon sokongan dari orang ramai untuk menjayakan Madrasah ini kerana Allah swt.

4. Pihak Madrasah mengalu-alukan sumbangan Infaq, Zakat, Fidyah atau Derma daripada kaum muslimin dan muslimat, supaya dapat bersama-sama menegakkan syiar islam dengan menginfaqkan sejumlah harta untuk tujuan diatas mengikut kemampuan demi mencari redha Ilahi.

5. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat bolehlah dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad diatas nama “Madrasah Tahfiz Al Hikmah”

CIMB BANK NO. AKAUN    860 189 7709

Resit pengecualian cukai, boleh diuruskan untuk setiap sumbangan RM300 keatas. Mohon hantarkan slip bank bersertakan nama penuh (mengikut dalam K/P), alamat dan nombor telefon untuk penghantaran resit.

6. Akhir sekali jutaan terima kasih dan semoga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin dan muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin dan muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut. Mohon bantu sebarkan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,


Ustaz Muhammad Rohim Bin Kamis
(Mudir Madrasah Tahfiz Al Hikmah)

Kampung Belukar, Padang Siding, 02600, Arau, Perlis, Darul Sunnah
No. Tel.: 019 476 3394, No. Faks: 04 986 6610, emel: madrasahtahfizalhikmah@gmail.com

Jaip 04 979 4400, Maip 04 979 4439, Balai Polis 04 986 1222, POS (M) 04 986 1254

Allah swt berfirman;
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
Surah Al Hadid, Ayat 18










Tiada ulasan: