Azimfamily Azimfamily: KISAH TAULADAN PRA SANGKA BAIK

.

KISAH TAULADAN PRA SANGKA BAIK

KHIDMAT JURURAWAT LELAKI DARI KACAMATA UTUSAN MALAYSIA ONLINE..


   Oleh Muhammad Zhafri Azim

JARANG sekali golongan lelaki bersedia memikul tugas dan amanah sebagai jururawat lelaki atau male nurse. 
Kini, pandangan dan stigma orang ramai terhadap golongan lelaki yang menjadikan kerjaya jururawat sebagai satu profesion sudah semakin berubah apabila dilihat sebahagian daripada golongan tersebut mula menjadikan pekerjaan itu sebagai kerjaya mereka.
Walaupun masih ada yang beranggapan lelaki yang bekerja sebagai jururawat mempunyai jiwa yang lembut, namun dua anak muda ini, Thomas Raj Soasainatahan, 20, dan Mohamad Hafiz Mustaffaa Kamal, 27, tidak pernah mengambil endah dengan pandangan seperti itu.
Malah kedua-dua mereka yang sedang berkhidmat di Hospital Pantai Kuala Lumpur di bahagian Hemodialisis, tidak pernah berasa terpinggir dan malu dengan kerjaya tersebut.
Kedua-duanya gembira melakukan tugas berkenaan kerana minat yang mendalam dalam dunia kejururawatan.
Ini kerana walaupun mereka merupakan antara golongan 'minoriti' yang berkhidmat dalam bahagian tersebut, tetapi hubungan dan bidang tugas yang dilakukan adalah sama seperti jururawat wanita.
Adakalanya, kewujudan mereka amat diperlukan terutamanya dalam menghadapi tugas-tugas yang berat dan mencabar.
Ini diakui sendiri oleh Thomas yang sudah lebih setahun berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Akui anak kelahiran Ipoh Perak ini, dia menceburi kerjaya mencabar sebagai jururawat adalah kerana minat dan dorongan kuat daripada ibunya sendiri yang juga berkhidmat sebagai seorang jururawat.
"Selain minat yang mendalam untuk mencuba bidang pekerjaan yang berbeza dan tidak ramai yang diceburi oleh golongan lelaki, emak juga menjadi inspirasi untuk saya terlibat dalam bidang ini kerana dia adalah seorang jururawat di Perak Chinese Maternity Hospital.
"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya telah menyambung pengajian di Kolej Kesihatan Sains dan Kejururawatan Pantai. Kemudian, tiga tahun selepas itu saya mula berkhidmat sebagai jururawat di sini," kata Thomas.
Tambahnya, semasa mula -mula menceburkan diri dalam profesion sebagai jururawat, timbul sedikit perasaan janggal kerana di kelilingi oleh jururawat dalam kalangan wanita.
"Situasi yang sama juga berlaku ketika saya masih menuntut di Kolej Pantai. Di dalam kelas adakala timbul perasaan terpinggir kerana hanya ada lima orang jururawat lelaki ketika itu dalam kelas berbanding 19 pelajar perempuan.
"Namun, kerana minat dalam bidang tersebut semuanya dapat dihadapi dengan mudah, malah, kebanyakan mereka sentiasa memberikan sokongan kepada kami.
"Setelah memasuki kerjaya sebagai jururawat lelaki, pada permulaan saya mendapat ejekan dan pandangan negatif daripada rakan-rakan terdekat.
"Apabila mengetahui saya bekerja sebagai jururawat mereka sedikit terkejut dan mempunyai pandangan negatif malah ada yang menganggap saya ketinggalan zaman," kata Thomas.
Ujarnya, dugaan dan pandangan negatif daripada orang sekeliling tidak langsung melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
Malah beliau berpuas hati apabila pekerjaan yang dilakukan mendapat penghargaan daripada pesakit.
"Sepanjang bekerja di sini, pengalaman berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit tidak akan dilupakan, malahan menjadi pencetus untuk terus berkhidmat dengan baik dan meningkatkan kualiti kerja.
"Dalam kerja ini akan ada pesakit yang marah dan melepaskan kata-kata yang tidak menyenangkan. Dalam menghadapi situasi tersebut, saya banyak mengambil langkah berdiam diri dan membiarkan pesakit tersebut meluahkan apa yang dirasainya sehingga mereka berasa tenang.
"Langkah seterusnya, barulah jalan penyelesaian akan diambil setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi," ujar Thomas, anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.
Akuinya lagi, kerjaya jururawat memerlukan mereka berkhidmat tidak menentu masa, namun itu tidak pernah melemahkan semangatnya kerana dia mempunyai cara tersendiri untuk mengimbangi masa antara kerjaya dan urusan peribadi.
Berbeza pula dengan Mohamad Hafiz Mustaffaa Kamal, 26, yang sudah berkhidmat enam tahun di Hospital Pantai Kuala Lumpur, yang memilih kerjaya jururawat kerana pengalamannya sendiri yang pernah tercedera di bahagian kaki semasa bermain bola sepak mewakili Pasukan Belia Perak.
"Semasa dalam satu perlawanan bola sepak, buku lali tercedera dan menyebabkan saya menerima rawatan di hospital. Tambahan, saya yang juga merupakan anak tunggal turut mempunyai pengalaman menjaga ibu yang sakit buah pinggang.
"Daripada pengalaman tersebut, saya membuat keputusan untuk menyambung pengajian di Kolej Kesihatan Sains dan Kejururawatan Pantai ketika berusia 19 tahun.
"Selepas menjadi jururawat saya mengambil keputusan berhenti sebagai pemain bola sepak di bawah Pasukan Belia Perak kerana yakin kerjaya ini lebih terjamin untuk masa depan," kata Mohamad Hafiz.
Ujar anak kelahiran Ipoh, Perak ini, dia juga tidak terlepas daripada menerima ejekan rakan-rakannya apabila mereka mengetahui dia bertugas sebagai jururawat.
"Ada antara mereka terkejut apabila mengetahui saya menjadi jururawat, tidak kurang juga yang mengejek dengan kerjaya tersebut.
"Namun semua itu tidak lama, kerana selepas itu, terdapat salah seorang di antara mereka yang menelefon saya kembali untuk bertanya tentang kerjaya tersebut dengan tujuan untuk memohon pekerjaan yang sama.
"Ternyata keputusan yang dipilih suatu ketika dahulu sangat berbaloi dan memberi banyak kelebihan pada diri. Tambahan, saya juga sentiasa mendapat sokongan padu daripada ibu tercinta yang kini sedang menetap di kampung," kata Mohamad Hafiz.
Tambahnya yang sudah enam tahun berkhidmat di Hospital Pantai Kuala Lumpur, mengakui pengalamannya menjadi jururawat dan berhadapan dengan pesakit yang pelbagai kerenah dan latar belakang menjadikannya seorang yang matang dan tenang.
"Berbanding dahulu ketika terlibat dengan permainan bola sepak saya seorang yang mudah baran, sebaliknya selepas menjadi jururawat sifat tersebut semakin hilang dan semakin tenang menghadapi kerenah pesakit," ujarnya sambil tersenyum. - SITI AISHAH YUSOFF

Hari ini saya terbaca satu kisah yang menarik kisah gadis dan anak miskin untuk dikonsikan bersama. Sebenarnya sudah banyak kali dah saya baca kisah ini dan setiap kali itu juga saya baca sampai habis.

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan seorang anak kecil. Pada suatu malam tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan kawasan lumah menjadi blackout semua. Gadis itu pun dengan bantuan cahaya handphone gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg mengetuk pintu… Ternyata seorang anak miskin yang disebelah rumahnya!! Anak itu bertanya dengan risau:”Kakak, ada lilin tidak?” Gadis itu berfikir : “JANGAN PINJAMKAN” nanti jadi satu kebiasaan untuk terus-terusan meminta. Maka si gadis menjawab : “TIDAK ADA!!”
Lalu si anak miskin berkata riang : “Saya sudah agak kakak tidak ada lilin, ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak, Kami khuatir kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin.”Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat…. ” Maafkan kakak dik”
Jangan menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN, serba kekurangan dan TIDAK MAMPU dari segi kewangan. Ingat! kekayaan tidak bergantung kepada seberapa banyak yang kita PUNYA, tetapi dinilai daripada sebanyak mana yang kita MAMPU untuk BERBAHAGI dan berkongsi kepada mereka yang TIDAK MAMPU. Juga perlu ingat orang yang  Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA APA dan KAYA bukan bererti PUNYA SEGALANYA.
Semoga anda semua mendapat pengajaran dan peringatan yang berguna dari kisah ini :)Terima kasih kerana membaca