Azimfamily Azimfamily: YTM Tunku Besar Tampin menandatangani buku pelawat bas klinik bergerak

YTM Tunku Besar Tampin menandatangani buku pelawat bas klinik bergerak


YTM Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri,D.T.N.S.,P.H.F.,J.P.

Bersyukur kepada illahi dapat peluang menyaksi YTM Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan menandatangani buku pelawat semasa berkunjung ke lokasi bas klinik bergerak .....Ampon Tunku, Sembah Patik harap di Ampon....patik dari Kampong Pelangai, Kuala Pilah sebelah ayah patik tetapi beribu dari orang keturunan orang jawa, bermoyang datuk nenek dari keturunan atas langit, Beristeri dari keturunan rakyat yang ada-ada senasib dengan patik....

Latar Belakang Sepintas lalu



Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Isteri Sharlita binti Omar pada 14 Mei 1992.Baginda dilantik sebagai Tunku Besar Tampin setelah kemangkatan ayahandanya Tunku Syed Idrus pada 26 Disember 2005.Tugas mengisytiharkan perlantikan tersebut telah dilaksanakan oleh Yang Mulia Dato' Abdul Razak Bin Tambi,Penghulu Pusaka Adat Tampin Tengah dan disaksikan oleh YBhg Tuan Haji Mohd Yusof Bin Yunus.


Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri telah diputerakan pada 14 Disember 1962 di Seremban dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin hingga darjah enam dari tahun 1969 hingga 1974. Dalam tahun 1975 baginda telah melanjutkan palajaran di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah King George Ke-V, Seremban pada tahun 1978 hingga 1980. Setelah tamat tingkatan lima, Yang Teramat Mulia telah memperoleh ijazah sarjana (pemasaran) dari Lansdown College dalam tahun 1985. Baginda pernah menjawat jawatan Pengarah di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Dalam tahun 2002 telah dikurniakan pingat Jaksa Pendamai (JP) oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku bermain golf dan muzik. Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman telah diijabkabulkan dengan Tunku Isteri Sharlita binti Omar pada 14 Mei 1992. Yang Teramat Mulia merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik dan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Walau bagaimanapun dalam kebahagiaan berkeluarga, Allah menentukan segala-galanya, pada tarikh 26 Disember 2005, bersamaan 24 Zulkaedah 1426 H, hari Isnin pada jam 10.30 pagi, ayahanda baginda, Tunku syed Idrus bin Syed Mohamad telah kembali ke pangkuan Yang Maha Esa. Sebelum jenazah almarhum dikebumikan di makam keluarga Tunkku Besar Tampin di perkarangan Masjid Jamek Tunku Besar Tampin, satu istiadat ringkas pelantikan anakandanya Syed Razman bin Tunku Syed Idrus sebagai Tunku Besar Tampin dan Puan Sharlita binti Omar sebagai Tunku Isteri telah diadakan.

Walaupun pengisytiharan pelantikan itu ringkas, tetapi penuh dengan adat istiadat pelantikan. Tugas mengisytiharkan pelantikan tersebut telah dilaksanakan oleh Yang Mulia Dato’ Abdul Razak bin Tambi, Penghulu Pusaka Adat Tampin Tengah dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Tuan haji Mohd Yusof bin Yunus, PPT., PMC. Pegawai Daerah Tampin selaku wakil kerajaan negeri, pegawai-pegawai kerajaan serta semua penyandang pusaka adat Luak Tampin.




Tiada ulasan: