Azimfamily Azimfamily: MADRASAH TAHFIZ AL YAMANI

MADRASAH TAHFIZ AL YAMANI

  





MEMOHON SUMBANGAN RM10 SAHAJA SETIAP BULAN SECARA BERTERUSAN ATAU RM120 SETAHUN BAGI TAHUN 2014 ATAU SEPANJANG HAYAT UNTUK KEPERLUAN BULANAN GOLONGAN ASNAF ZAKAT

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas,

2. Berhubung dengan perkara di atas, Madrasah ini ingin memohon dari 3,500 orang umat Islam untuk membantu RM 10 sahaja secara berterusan pada setiap bulan untuk menampung kos RM35 ribu sebulan.

3. Dimaklumkan bahawa Madrasah ini dengan rasminya telah beroperasi sejak tahun 1994 dan sekarang sudah berkembang sehingga seramai 60 orang pelajar lelaki, 30 orang pelajar perempuan dan 7 orang tenaga pengajar. 12 buah unit flat yang disewa untuk kediaman dan tempat pengajian pelajar lelaki berada di Blok A, Flat PKNS, Kg. Baru. Manakala pelajar perempuan ditempatkan di sebuah rumah teres di Jalan Datuk Abdullah Yasin, Kg. Baru.

4. Pengajian yang ditawarkan di Madrasah ialah pengajian tahfiz (hafalan) Al-Quran dan pengajian kitab. Sejak bermulanya Madrasah sehingga sekarang, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada setiap pelajar adalah bertujuan ikhlas kerana Allah swt. Kesemua tempat penginapan dan pengajian (RM10,000), makan minum pelajar (RM5 x 100 x 30 hari RM15,000), elaun tenaga pengajar (RM1,000 x 7 RM7,000), dan pengurusan Madrasah adalah sentiasa diharapkan daripada sumbangan masyarakat umat Islam yang berkeprihatinan. Kos keseluruhan perbelanjaan Madrasah adalah RM35,000.00 untuk setiap bulan. Oleh itu, Madrasah memohon sokongan dari orang ramai untuk menjayakan Madrasah ini kerana Allah swt.

5. Pihak Madrasah mengalu-alukan sumbangan Infaq, Zakat, Fidyah atau Derma daripada kaum muslimin dan muslimat, supaya dapat bersama-sama menegakkan syiar islam dengan menginfaqkan sejumlah harta untuk tujuan diatas mengikut kemampuan demi mencari redha Ilahi.

6. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat bolehlah dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad atau Maybank Islamic Bank Berhad diatas nama

“MADRASAH TAHFIZ AL YAMANI”
CIMB BANK NO. AKAUN    8600 05 8576
MAYBANK NO. AKAUN      5640 9850 1934

Resit pengecualian cukai, boleh diuruskan untuk setiap sumbangan RM300 keatas. Mohon hantarkan slip bank sebagai bukti sumbangan besertakan nama penuh (seperti di dalam K/P) atau nama syarikat (seperti di dalam pendaftaran), alamat penuh (besertakan pos kod) dan nombor telepon untuk pengurusan penghantaran resit.

6. Akhir sekali jutaan terima kasih dan moga-moga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin dan muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin dan muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut. 

Mohon bantu sebarkan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad
(Mudir Al Yamani)

12H, Tingkat 8, Blok A, Flat PKNS, Jalan Raja Muda Musa, 50300, Kg. Baru, Kuala Lumpur
Tel.: 019 383 8730, Faks: 03 2726 8899, emel: madrasahtahfizalyamani@gmail.com

Maiwp: 03 4047 9444, Balai Polis: 03 2693 9022, Pej. POS: 03 2694 5597, DBKL: 03 2617 9000

ZAKAT 1 KEWAJIPAN – SEDEKAH 1 SUNNAH

Allah swt berfirman;
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
Surah Al Hadid, Ayat 18


Tiada ulasan: