Azimfamily Azimfamily: Untuk Orang Pemaaf

Untuk Orang Pemaaf

Kelebihan Memaafkan Orang Lain

Sabda Rasulullah SAW:“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.”(Hadis Riwayat Hakim)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa yang memberi kemaafan (ke atas kesalahan orang), padahal ia mampu bertindak balas(di atas perbuatan tersebut), Allah akan memaafkannya, dihari yang susah” (Riwayat Thobroni)
Hari yang susah itu ialah Hari Kiamat yang juga dikenali sebagai hari orang bermuka masam:
Al-Insan [10] Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut..
Orang yang “mampu bertindak balas” iaitu berkuasa dan mempunyai keupayaan untuk membalas kejahatan yang dilakukan, seperti dijelaskan dalam Al-Quran
Ali-Imran [134]……….dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang
Allah akan memaafkannya dan diberikan Syurga:
Ali-Imran [136] Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah“. Tirulah sifat pemaaf Allah subhanahu wa ta’ala.


Tiada ulasan: