Azimfamily Azimfamily: Abah terima darjah kebesaran AMN dari DYMM Seri Paduka Baginda

Abah terima darjah kebesaran AMN dari DYMM Seri Paduka Baginda



Abah terima pingat Darjah Kebesaran Ahli Mangku Negara buat pertama kalinya  pada tahun 2012 di Istana Negara. Segak dan bergaya.....tahniah dan alhamdulillah........


Abah selalu meminta agar usaha 5S dijadikan amalan. Apa itu 5S.


i) 5S ialah lima perkataan jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, dan Shitsuke yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal.

ii) 5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Mula diperkenalkan diSingapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya disana. Amalan ini kemudiannya dipraktikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Srilanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico.

iii) Program 5S adalah amalan asas kearah peningkatan produktiviti dan kualiti yang berterusan

2. Apakahamalan 5S?

i) Amalan untuk wujudkan tempat kerja lebih produktif

   ii) Memastikanmesin/ kelengkapanbersihdanberfungsi

   iii) Membinabudayakerja yang positif

iv) Amalan 5S meliputi pengetahunan teknikal, praktikal dan logic untuk menghasilkan penambahbaikan

3. Apaitu 'Seiri' (sisih)?

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barang yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah satu proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan.

4. Apaitu 'Seiton' (susun)?

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuanuntuk memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama


5. Apaitu 'Seiso' (sapu)?

Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai dan peralatan. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan pakerja dan peralatan yang digunakan


6. Apaitu 'Seiketsu' (seragam)?

Sentiasa memelihara standard penjagaan kebersihan dan pengelolaan tempat kerja sepanjang masa serta mengamalkan sistem SEIRI-SEITON-SEISO dengan berkesan.


7. Apaitu 'Shitsuke' (sentiasaamal)?

Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan disiplin baik di tempat kerja secara berterusan


8. Apakah 4 FaktorKejayaanAmalan 5S?

i) Sokongan dan komitmen berterusan pengurusan atasan

   ii) Amalan 5S bermula dengan pendidikan dan latihan

  iii) Semua orang mengamalkannya dan tiada yang memerhati sahaja

  iv) Ulangi putaran 5S untuk mencapai paras yang lebih tinggi


9. Apakah Faedah Melaksanakan Amalan 5S?

i) Persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi

ii) Persekitarantempatkerjamenjadilebihselamat

iii) Pekerja berpeluang menjana idea yang bernas dan kreatif untuk mencapai persekitaran tempat kerja yang bersih dan kondusif

iv)Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan kerja

v) Kesilapan kerjadapat dielakkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing)

vi) Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan semasa proses pengeluaran /pemberianperkhidmatan

vii) Mewujudkan kaedah-kaedah dan piawaian kerja yang jelas

viii)Mengoptimumkan penggunaan ruangkerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti

ix) Kawalan stok/ inventori yang lebih berkesan

x) Pengurusan kos yang lebih berkesan

xi)Rungutan pelanggan dapat dikurang kaunter hadap penyampaian perkhidmatan

xii) Memudahkan urusan penyelenggaraan

xiii) Meningkatkan semangat kerja berpasukan

xiv) Meningkatkan imej korporat organisasi


10. ApakahHasil Yang Dijangka Dari Amalan 5S?

i) PenjimatanKos :

        a. Penjimatanpenggunaaninventori

        b. Menghalangkerosaknkeatasinventori

        c. Menghalangsalahletakperalatandanperkakasan

d. mempercepatkan proses pencarian pengesanan dalam sesuatu urusan kerja

ii) Meningkatkankecekapanpenggunaansumber :

         a. Mengoptimumkanpenggunaankawasan/ tempatkerja

b. Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah/proses

c. mempermudahkankawalandanpenyeleggaraan

 iii) Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyeleggaraan :

a.   Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan beroperasi mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan

b.Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan jangka hayat mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan yang digunapakai

        c. Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan

iv) JaminanKualiti :

a. Meningkatkan kualitidan produktiviti barangan/ Perkhidmatan

b.Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih pantas dan selamat

c. memastikan penyampaian produk/ perkhidmatan cekap dan berkesan

 v) Meningkatkan keselamatan di persekitaran tempat kerja :

a. menghapuska nkeadaan yang embahaya

b. meningkatkan tahap kesihatan di tempatkerja

c. menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan dan kemalangan

d. mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian

e. pematuhan kepada peraturan-peraturan


 vi) Meningkatkan motivasi pekerja :

a. perhubungan yang baik antara anggota

b. membentuk disiplin yang tinggi


c. membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan

Tiada ulasan: