Azimfamily Azimfamily: Amalan merosakkan kesihatan tubuhbadan

Amalan merosakkan kesihatan tubuhbadan

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
Mandi setelah makan.
Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita
Berada dalam keadaan terlalu lapar.
Berjaga malam selain dari qiamullail.
Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
Memakan daging.
Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas
Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
Bercakap banyak.
Tidur banyak.
Makan banyak.
Banyak jimak.
FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
Banyak jimak
Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri
Banyak memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak)
Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
Tinggalkan dari bercakap kosong.
Sentiasa bersugi.
Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan bandannya ke dalam makananan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat
syaitan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
Melihat pekara-pekara yang haram.
Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut
Tidak membaca Al-Quran.
Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram
Mengumpat dan mengata.
Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
Selepas berjimak.Selepas makan atau sebelumnya.
Ketika sedang makan.
Selepas memakan buah-buahan.
Selepas keluar dari bilik mandi.
Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk
Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi. berwuduk dan bersembayang tahajjud.
Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
Selepas masuk waktu Asar.
Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
Merosakkan warna kulit
Melemahkan jantung.
Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur
Hindarkan dari tidur lewat malam.
Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil
Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur
Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
Banyak melakukan jimak.
Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
Banyak minum air di waktu pagi.
Banyak memakan atau meminum yang seba masam.
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
Merokok yang berterusan.
Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
Kurang tidur.
Sentiasa mandi di tengah malam.
Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
Melakukan kerja secara berterusan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
Melihat kepada benda-benda kotor.
Melihat kepada palang +/salib.
Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar
Duduk dengan membelakangkan kiblat.
Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
Banyak menangis

Tiada ulasan: