MADRASAH TAHFIZ AL BARAKAH
“KE ARAH MELAHIRKAN HUFFAZ BERTAQWA”
Assalamualaikum W. W,
Encik Ramli,
PER: MEMOHON SUMBANGAN PEMBELIAN RUMAH DAN TANAH SEDIA ADA UNTUK
GOLONGAN ASNAF ZAKAT
Dengan hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.
Sehubungan dengan itu adalah di maklumkan bahawa
2. Madrasah ini mula beroperasi pada tahun 2008 dengan hanya 4 orang
pelajar dan kini telah meningkat ke 30 orang pelajar di tapak yang sedia ada.
Oleh itu, pada fasa pertama ini, pihak madrasah sedang dalam usaha mengumpul
sumbangan dana untuk membeli rumah dan tanah sedia ada yang berharga RM
260,000.00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS ENAM PULUH RIBU). Alhamdulillah
dengan izin Allah swt dan keprihatinan dari beberapa individu-individu pihak
madrasah telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM120,000.00 yang telah
digunakan sebagai pembayaran pendahuluan, ansuran dan kini pihak madrasah
masih memerlukan RM140,000.00 lagi.
3. Matlamat perancangan kami pada fasa kedua adalah untuk membina
bangunan asrama di atas tanah sedia ada untuk kegunaan pelajar-pelajar golongan
asnaf zakat ini. Semoga pembangunan asrama fasa kedua itu nanti dapat
mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan yang kini semua menetap di dalam
sebuah rumah (30 ‘ X 60’) dan hanya diasingkan melalui dinding bilik.
4. Segala bentuk sumbangan boleh di hulurkan terus ke Madrasah Tahfiz Al
Barakah di No. 84 A, Kampung Sempering, JaIan Santan, 01000, Kangar, Perlis
atau di salurkan terus ke akaun bank CIMB ISLAMIC BANK NO. AKAUN 8601 61
2584 atau MAYBANK ISLAMIC 5590 1231 1991 diatas nama MADRASAH TAHFIZ AL BARAKAH.
5. Keprihatinan, sumbangan dan bantuan dari pihak tuan/puan kami
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah swt membalas jasa
baik tuan/puan di dunia dan akhirat. Mohon bantu sebarkan.
Terima kasih.
Yang Benar,
Ali Azmi
ALI AZMI BIN AB LAH @ ABU BAKAR AL HAFIZ
Lembaga Pengerusi Madrasah Tahfiz Al Barakah
NO. 84 A, KAMPUNG SEMPERING, JALAN SANTAN, KANGAR, 01000, PERLIS DARUL
SUNNAH
NO. TEL: 013 492 1160, NO. FAKS: 04 976 5390,
JAIPs: 04 979 4400, BALAI POLIS: 04 908 2342, POS MALAYSIA: 04 976 1555
ZAKAT 1 KEWAJIPAN, SEJUTA HARAPAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan