ARKIB : 28/05/2013
Peserta
delegasi Women Delivery melihat hasil kraf tangan di Pusat
Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di Seremban 2,
semalam.
SEREMBAN
27 Mei - Enam delegasi persidangan Women Delivery meluangkan masa
melawat Pusat Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN) di Seremban 2, di sini hari ini.
Delegasi
yang terdiri daripada penulis blog dan aktivis hak asasi manusia dan
pembangunan wanita dari negara Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah itu
menyertai lawatan terbabit sebelum menghadiri persidangan berkenaan di Kuala Lumpur
bermula esok sehingga Khamis ini.
Pengarah
pusat berkenaan, Ramli Shabudin berkata, lawatan itu bertujuan untuk berkongsi
pengetahuan dengan delegasi yang hadir tentang pelaksanaan dan pencapaian
program Pusat Keluarga LPPKN setakat ini.
"Kita
ingin mendedahkan kepada orang luar tentang peranan LPPKN secara menyeluruh dan
pelbagai program dan aktiviti yang terdapat di sini dalam usaha membantu
masyarakat khususnya kaum wanita.
"Kami
di LPPKN menerima maklum balas yang amat baik daripada delegasi tersebut,
rata-rata semuanya mengatakan Pusat Keluarga LPPKN ini sebuah pusat sehenti
yang lengkap dengan pelbagai kemudahan," katanya selepas sesi lawatan
tersebut.
Menurutnya,
delegasi yang hadir turut memaklumkan bahawa terlalu banyak perbezaan pusat
keluarga di negara asal mereka berbanding dengan yang terdapat di Pusat
Keluarga LPPKN Negeri Sembilan ini.
"Kemudahan
di sini memenuhi keperluan keluarga dari semua aspek termasuk remaja,
kekeluargaan dan pendekatan sosial," katanya.
Delegasi
berkenaan mewakili negara masing-masing iaitu Finland, Amerika Syarikat,
Indonesia, Afrika Selatan, Jepun dan United Kingdom.
Antara
tempat kemudahan di Pusat Keluarga LPPKN yang dilawati delegasi termasuk Pusat
Kafe@Teen, Klinik Kesihatan Nur, bilik aktiviti dan kaunseling dan pusat
penjagaan kanak-kanak.
Kongsi
Konten di :
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130528/ws_06/Delegasi-Women-Delivery-lawat-LPPKN#ixzz3NeW6Yp00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan