MADRASAH TAHFIZ AL HIKMAH
Berzakat Membawa Keberkatan – Bersedekah Menghidupkan Sunnah
Encik Ramli,
PER: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN BULANAN 100 ORANG PELAJAR SERTA
PENGURUSAN MADRASAH TAHFIZ AL HIKMAH, ARAU, PERLIS
Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas,
2. Berhubung dengan perkara di atas, dimaklumkan bahawa Madrasah ini
dengan rasminya telah beroperasi sejak tahun 2010 dan sekarang sudah
berkembang sehingga seramai 100 orang pelajar lelaki sahaja dan 7 orang tenaga
pengajar, serta 5 orang staf sokongan.
3. Pengajian yang ditawarkan di Madrasah ialah pengajian tahfiz
(hafalan) Al-Quran dan pengajian kitab. Sejak bermulanya Madrasah sehingga
sekarang, yuran yang dikenakan adalah hanya sebanyak RM150.00. Kos
penyediaan makanan dan minuman pelajar serta pengurusan Madrasah semakin
meningkat dari hari ke hari dan tidak dapat ditampung oleh kutipan yuran
tersebut. Madrasah sentiasa mengharapkan sumbangan daripada masyarakat umat
Islam yang berkeprihatinan. Kos keseluruhan perbelanjaan Madrasah adalah
mencecah RM45,000.00 untuk setiap bulan. Oleh itu, Madrasah memohon sokongan
dari orang ramai untuk menjayakan Madrasah ini kerana Allah swt.
4. Pihak Madrasah mengalu-alukan sumbangan Infaq, Zakat, Fidyah atau Derma
daripada kaum muslimin dan muslimat, supaya dapat bersama-sama
menegakkan syiar islam dengan menginfaqkan sejumlah harta untuk tujuan diatas
mengikut kemampuan demi mencari redha Ilahi.
5. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat bolehlah
dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad diatas nama “Madrasah
Tahfiz Al Hikmah”
CIMB BANK NO. AKAUN 860 189 7709
Resit pengecualian cukai, boleh
diuruskan untuk setiap sumbangan RM300 keatas. Mohon hantarkan slip
bank bersertakan nama penuh (mengikut dalam K/P), alamat dan nombor telefon untuk
penghantaran resit.
6. Akhir sekali jutaan terima kasih dan semoga Allah S.W.T membalas
jasa baik muslimin dan muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas
keprihatinan muslimin dan muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan
pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut. Mohon bantu sebarkan.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
Ustaz Muhammad Rohim Bin Kamis
(Mudir Madrasah Tahfiz Al Hikmah)
No. Tel.: 019 476 3394, No. Faks: 04 986 6610, emel: madrasahtahfizalhikmah@gmail.com
Jaip 04 979 4400, Maip 04 979 4439, Balai Polis 04 986 1222, POS (M) 04
986 1254
Surah Al Hadid, Ayat 18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan