Ketua Wanita Umno Johor
Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berjaya mempertahankan jawatan Ketua Wanita
Umno bahagian Kluang pada pemilihan sayap pergerakan itu, hari ini. Sharifah
Azizah, 53, mengalahkan Ketua Wanita Umno Cawangan Bunga Raya, Haslina Mohamed Dom
dalam pertandingan satu lawan satu pada mesyuarat perwakilan dan pemilihan
sayap Umno itu hari ini. Sharifah Azizah memperoleh 255 undi manakala Haslina
mendapat 68 undi.
Pihak berkuasa didesak menyediakan garis panduan yang khusus bagi
menangkap dan mendakwa dengan segera individu yang bermain dengan api perkauman
dan membakar sentimen keagamaan dalam laman sosial Facebook, Twitter, WhatsApp
dan sebagainya.
Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata,
pihaknya juga menggesa pihak pimpinan parti dan kerajaan melaksanakan dasar 30
peratus bagi generasi muda di bawah usia 40 tahun dan golongan wanita
ditempatkan pada semua peringkat kepimpinan sama ada dalam parti, kerajaan,
Parlimen atau syarikat milik kerajaan (GLC).
Selain itu, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang turut
mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Zionis Israel dan sekutunya terhadap umat
Islam di Palestin seterusnya menyeru masyarakat antarabangsa bersatu hati
menentang sebarang bentuk penindasan dan kezaliman.
"Ketiga-tiga usul itu adalah bagi menyahut saranan Ketua Pemuda
UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini menyatakan perkara sama," katanya
dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) sebelum ini
mendesak pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera dan tegas terhadap
individu atau pihak yang sengaja menimbulkan isu sensitif bertujuan menyinggung
perasaan penganut agama lain.
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang, Datuk Sharifah Azizah
Syed Zain berkata, perasmian persidangan sayap Pemuda dan Wanita Bahagian
Kluang mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya disempurnakan
di dataran terbuka dengan kehadiran lebih 3,000 orang terdiri daripada
perwakilan UMNO, pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia tempatan
sekitar daerah Kluang.
"Kehadiran Khairy disambut meriah dengan beliau turut secara
bersahaja menunggang motosikal sejauh satu kilometer diiringi 100 buah
motosikal ahli Pemuda UMNO Kluang yang memakai kemeja T tertera perkataan
'Sahabat KJ'," katanya
See more at:
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140809/dn_16/Perlu-garis-panduan-elak-api-perkauman#ixzz3Nuw31aRE
© Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.tv3.com.my/beritatv3/news-umno/Sharifah_Azizah_Pertahan_Ketua_Wanita_UMNO_Kluang.html#sthash.vKmT1xe1.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan