MADRASAH LORONG ALIF
ZAKAT MEMBAWA BERKAT
Encik Ramli,
PER: MEMOHON
SUMBANGAN RM10 SAHAJA SETIAP BULAN SECARA BERTERUSAN ATAU RM120 SETAHUN BAGI
TAHUN 2015 ATAU SEPANJANG HAYAT UNTUK KEPERLUAN BULANAN 320 ORANG PELAJAR SERTA
17 ORANG TENAGA PENGAJAR & PENGURUSAN MADRASAH LORONG ALIF, JITRA
Dengan segala
hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas,
2. Berhubung dengan
perkara di atas, dimaklumkan bahawa Madrasah ini dengan rasminya telah beroperasi
sejak tahun 1990 dan sekarang sudah berkembang sehingga seramai 180 orang
pelajar lelaki, 140 pelajar perempuan, 15 tenaga pengajar dan 2 tenaga sokongan.
3. Pengajian yang
ditawarkan di Madrasah ialah pengajian tahfiz (hafalan) Al-Quran dan pengajian
kitab. Yuran yang dikenakan kini adalah hanya sebanyak RM250.00 selepas 3
kali dinaikan semenjak bermulanya Madrasah. 40% pelajar dari golongan fakir
miskin dikecualikan dari yuran bulanan kerana tidak berkemampuan. Kos
penyediaan makanan dan minuman pelajar serta pengurusan Madrasah semakin
meningkat dari hari ke hari dan tidak dapat ditampung oleh kutipan yuran
tersebut. Madrasah sentiasa mengharapkan sumbangan daripada masyarakat umat
Islam yang berkeprihatinan. Kos keseluruhan perbelanjaan Madrasah adalah
mencecah lebih RM80,000.00 untuk setiap bulan. Oleh itu, Madrasah memohon
sokongan dari orang ramai untuk menjayakan Madrasah ini kerana Allah swt.
4. Pihak Madrasah
mengalu-alukan sumbangan Infaq, Zakat, Fidyah, Kifarat atau Derma daripada kaum
muslimin dan muslimat, supaya dapat bersama-sama menegakkan syiar islam
dengan menginfaqkan sejumlah harta untuk tujuan diatas mengikut kemampuan
demi mencari redha Ilahi.
5. Oleh itu sebarang
sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat bolehlah dimasukkan terus ke dalam
akaun CIMB Islamic Bank Berhad diatas nama;
“MADRASAH LORONG
ALIF”
CIMB BANK NO.
AKAUN
860 190 5947
6. Akhir sekali
jutaan terima kasih dan semoga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin dan
muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin dan
muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai
sumbangan tersebut. Mohon bantu sebarkan.
Sekian. Terima
kasih.
Yang benar,
Amar Maruf
Ustaz Amar Maruf Bin
Ahmad
(Mudir Madrasah
Lorong Alif)
Allah swt berfirman;
“Sesungguhnya
orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah,
serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik
(ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan
mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” Surah Al Hadid, Ayat
18
No. 847, Lorong
Alif, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
No. Tel.: 019-550
7740, No. Faks: 04 916 3902,