Kelebihan
Memaafkan Orang Lain
Februari
13, 2013 — sulaiman
Sabda
Rasulullah SAW:“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia
dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang
memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu,
memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.”(Hadis Riwayat Hakim)
Rasulullah
s.a.w bersabda:
Siapa
yang memberi kemaafan (ke atas kesalahan orang), padahal ia mampu bertindak
balas(di atas perbuatan tersebut), Allah akan
memaafkannya, dihari yang susah” (Riwayat Thobroni)
Hari
yang susah itu ialah Hari Kiamat yang juga dikenali sebagai hari orang
bermuka masam:
Al-Insan
[10] Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari
yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut..
Orang
yang “mampu bertindak balas” iaitu berkuasa dan mempunyai keupayaan untuk
membalas kejahatan yang dilakukan, seperti dijelaskan dalam Al-Quran
Ali-Imran [134]……….dan orang-orang
yang memaafkan kesalahan orang
“Allah
akan memaafkannya dan diberikan Syurga:
Ali-Imran [136] Orang-orang
yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka,
dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi)
orang-orang yang beramal.
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah“. Tirulah
sifat pemaaf Allah subhanahu wa ta’ala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan