Dari Nabi S.A.W.,
"Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah
memberikan lima wasiat, antaranya :
ü
Janganlah engkau
gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia
ini untuk engkau.
ü
Jadikan cintamu
kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
ü
Bersungguh-sungguhlah
engkau mencari syurga.
ü
Putuskan harapan dari
makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan
mereka.
ü
Rajinlah mengerjakan
sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham
berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu
mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah
nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah
S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
ü
Orang yang banyak
bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
ü
Orang yang banyak makan
janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
ü
Orang yang banyak
bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
ü
Orang yang cinta kepada
dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
ü
Orang yang bodoh
janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
ü
Orang yang memilih
berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan
agamanya.
ü
Orang yang mencari
keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah
daripadanya."
http://www.polimelaka.edu.my/video/teladan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan