Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika
tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab
az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada
dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik saja Nabi Daud selesai
berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu
ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi
Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi
wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada
malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala
Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam
sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata
demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat
kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari
akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat
takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri
kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S.
apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera
mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang
berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah,
tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang
rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita
tumpangi ini.
http://www.polimelaka.edu.my/video/teladan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan