Azimfamily Azimfamily: Program Penutupan Bengkel Latihan Kejurulatihan Modul Sekata

.

Program Penutupan Bengkel Latihan Kejurulatihan Modul Sekata

Posted on February 2, 2012 

Seramai 60 orang peserta yang terdiri di kalangan Exco dan ahli-ahli gabungan NCWO telah menyertai Bengkel Kejurulatihan Program Pencegahan Jenayah Sekata yang diadakan pada 31 Januari 2012 hingga 2 Feb 2012 di Allson Klana, Seremban.
Program ini dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan.
Selaku Yang Dipertua NCWO Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Bengkel Kejurulatihan Program Pencegahan Jenayah Sekata dekat sini, hari ini.
Ucap Yang Dipertua  NCWO Negeri Sembilan,beliau menyatakan bahawa program sebegini amat bagus diadakan supaya masyarakat menyedari tanggungjawab bersama untuk menangani jenayah yang bermula dengan keluarga.
Beliau yakin dengan penglibatan Exco dan ahli-ahli gabungan NCWO dalam program ini mampu menterjemahkan apa yang dilalui, dipelajar dihayati kepada masyarakat umum dan sekaligus dapat membantu pihak kerajaan kea rah pembangunan sosial negara dengan meningkatkan pembangunan dan kesejahteraan sosial berasaskan pendekatan komuniti sejahtera.
“Bagi golongan remaja, program ini dapat memperkasakan remaja dan golongan muda dalam menangani isu-isu kekeluargaan, masalah atau gejala sosial dan kesihatan reproduktif agar tidak berakhir dengan kegiatan yang berunsurkan jenayah,“ ujar beliau.
Jelas beliau lagi, masyarakat wajar mensyukuri nikmat dengan Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sentiasa menitikberatkan kesejahteraan, kesentosaan dan keselesaan masyarakat khasnya keluarga sejagat.
Turut hadir Pengarah LPPKN Negeri Sembilan, Tuan Haji Ramli Bin Shabudin, Wakil Ibu Pejabat LPPKN, En. Abd Halil Bin Umar dan Penyelaras Bengkel Kejurulatihan Program Pencegahan Jenayah Sekata, En. Muhammad Nadzim Bin Ishak.

Sumber: http://ncwo-ns.com/?p=55
Posted on February 2, 2012 

Tiada ulasan: