Azimfamily Azimfamily: Zakat Membawa Tahfiz Al Munawarah

Zakat Membawa Tahfiz Al Munawarah

MADRASAH TAHFIZ AL MUNAWARAH

ZAKAT MEMBAWA BERKAT




Saudara/I Yang Di Rahmati Allah,

PER: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PENGURUSAN PEMBANGUNAN FASA 2, SATU BLOK 2 TINGKAT (SURAU & ASRAMA)

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas

2. Berhubung dengan perkara di atas dimaklumkan bahawa Madrasah ini memohon bantuan untuk pengurusan pembangunan fasa 2, satu blok 2 tingkat yang akan digunakan untuk surau dan asrama. Asrama yang uzur dan sempit perlu digantikan.

3. Sehubungan itu pihak kami dengan rendah diri memohon sebarang sumbangan ikhlas dari pihak muslimin/muslimat samada berupa WANG ZAKAT (Simpanan, Perniagaan, Saham, KWSP, Emas & Perak atau lain-lain jenis ZAKAT) / KIFARAT / FIDYAH / DERMA / SEDEKAH / WAKAF (Perkakasan).

4. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin/muslimat bolehlah dimasukkan terus ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD kami diatas nama;

“MADRASAH TAHFIZ AL MUNAWARAH”
NO. AKAUN 860 050 3519 (CIMB BANK)

5. Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin/muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin/muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut. 

Mohon bantu sebarkan.

Sekian. Terima kasih. Wasalam.

Yang ikhlas,

Tonnan

(HAJI TONNAN BIN BANI)
Mudir Madrasah Tahfiz Al Munawarah


Allah Swt Berfirman;

“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah seperti sebutir benih yang mengeluarkan tujuh tangkai, disetiap tangkai ada seratus biji dan Allah melipat menggandakan bagi sesiapa yang dia kehendakki dan Allah itu Maha Luas (kurnianya) lagi Maha Mengetahui.” Al-Baqarah:261

LOT 1334, KAMPUNG KEMENSAH DALAM, MUKIM HULU KLANG, 68000, AMPANG, SELANGOR
NO. TEL.: 013 332 1592, 
NO. FAKS: 03 4266 2322,

JAIS 03 5514 3400, LZS 03 5522 7700,
Balai Polis 03 4108 1222, POS (M) 03 4107 3337



Tiada ulasan: