MEMOHON SUMBANGAN RM10 SAHAJA SETIAP BULAN SECARA BERTERUSAN ATAU
RM120 SETAHUN BAGI TAHUN 2014 ATAU SEPANJANG HAYAT UNTUK KEPERLUAN BULANAN
GOLONGAN ASNAF ZAKAT
Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas,
2. Berhubung dengan perkara di atas, Madrasah ini ingin memohon dari
3,500 orang umat Islam untuk membantu RM 10 sahaja secara berterusan pada
setiap bulan untuk menampung kos RM35 ribu sebulan.
3. Dimaklumkan bahawa Madrasah ini dengan rasminya telah beroperasi
sejak tahun 1994 dan sekarang sudah berkembang sehingga seramai 60 orang
pelajar lelaki, 30 orang pelajar perempuan dan 7 orang tenaga pengajar. 12
buah unit flat yang disewa untuk kediaman dan tempat pengajian pelajar lelaki
berada di Blok A, Flat PKNS, Kg. Baru. Manakala pelajar perempuan ditempatkan
di sebuah rumah teres di Jalan Datuk Abdullah Yasin, Kg. Baru.
4. Pengajian yang ditawarkan di Madrasah ialah pengajian tahfiz
(hafalan) Al-Quran dan pengajian kitab. Sejak bermulanya Madrasah sehingga
sekarang, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada setiap pelajar adalah
bertujuan ikhlas kerana Allah swt. Kesemua tempat penginapan dan pengajian
(RM10,000), makan minum pelajar (RM5 x 100 x 30 hari RM15,000), elaun tenaga
pengajar (RM1,000 x 7 RM7,000), dan pengurusan Madrasah adalah sentiasa
diharapkan daripada sumbangan masyarakat umat Islam yang berkeprihatinan.
Kos keseluruhan perbelanjaan Madrasah adalah RM35,000.00 untuk setiap bulan.
Oleh itu, Madrasah memohon sokongan dari orang ramai untuk menjayakan
Madrasah ini kerana Allah swt.
5. Pihak Madrasah mengalu-alukan sumbangan Infaq, Zakat, Fidyah atau
Derma daripada kaum muslimin dan muslimat, supaya dapat bersama-sama
menegakkan syiar islam dengan menginfaqkan sejumlah harta untuk tujuan diatas
mengikut kemampuan demi mencari redha Ilahi.
6. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat bolehlah
dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad atau Maybank
Islamic Bank Berhad diatas nama
“MADRASAH TAHFIZ AL YAMANI”
CIMB BANK NO. AKAUN 8600 05 8576
MAYBANK NO. AKAUN 5640
9850 1934
Resit pengecualian cukai, boleh
diuruskan untuk setiap sumbangan RM300 keatas. Mohon hantarkan slip
bank sebagai bukti sumbangan besertakan nama penuh (seperti di dalam K/P) atau
nama syarikat (seperti di dalam pendaftaran), alamat penuh (besertakan pos kod)
dan nombor telepon untuk pengurusan penghantaran resit.
6. Akhir sekali jutaan terima kasih dan moga-moga Allah S.W.T membalas
jasa baik muslimin dan muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas
keprihatinan muslimin dan muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak
kami amat menghargai sumbangan tersebut.
Mohon bantu sebarkan.
Mohon bantu sebarkan.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed
Ahmad
(Mudir Al Yamani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan